Seorang terbunuh selepas sebuah pesawat An-2 terhempas di wilayah Krasnoyarsk, Rusia, menurut berita Xinhua memetik media tempatan pada Jumaat.
Pesawat itu terhempas kira-kira 40 kilometer dari penempatan Tanzybey, membunuh seorang daripada dua orang di dalamnya, kata TASS, memetik perkhidmatan kecemasan serantau.
Terdahulu, perkhidmatan akhbar Pejabat Pendakwa Pengangkutan Siberia Barat berkata, kira-kira jam 5 petang waktu tempatan (1000 GMT), sebuah pesawat An-2 melakukan pendaratan keras di wilayah terpencil Krasnoyarsk selepas menyelesaikan kerja udara.
Keadaan dan punca kejadian sedang disiasat, tambahnya.