Tiga orang terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam satu letupan pada petang Khamis di sebuah bengkel pembaikan kereta di bandar Sabratha, Libya, kata perkhidmatan kecemasan tempatan, menurut berita Xinhua.
Letupan itu, yang disebabkan oleh silinder gas di bengkel itu, turut mengakibatkan bumbung bengkel itu runtuh sepenuhnya, Xinhua memetik cawangan Perkhidmatan Kecemasan dan Ambulans Sabratha di Facebook.
Sabratha terletak 85 km di barat ibu negara Libya, Tripoli.



















