Sekurang-kurangnya 30 orang cedera pada Sabtu apabila serangan Rusia melanda kereta api penumpang di sebuah stesen kereta api di bandar Shostka di wilayah Sumy, timur laut Ukraine, menurut Xinhua memetik laporan agensi berita Interfax-Ukraine.
Oksana Tarasyuk, pemangku ketua Pentadbiran Tentera Daerah Shostka, dilaporkan berkata kereta api Kiev-Shostka terbakar dalam serangan itu, sambil menambah bahawa semua penumpang yang cedera dibawa ke hospital.
Pusat tindak balas kecemasan telah ditubuhkan di Shostka berikutan serangan itu.