Pegawai kesihatan tempatan melaporkan sekurang-kurangnya 67 rakyat Palestin terbunuh sejak fajar pada Sabtu dalam serangan Israel di pelbagai kawasan di Jalur Gaza, menurut laporan WAFA.
Mereka dibawa ke Hospital Al-Shifa (15), Hospital Al-Ahli Baptist (30), Hospital Al-Awda (2), Hospital Nasser (19), dan Hospital Al-Aqsa (1).
Terbaharu pada petang Sabtu, WAFA memetik sumber perubatan melaporkan, dua rakyat Palestin terbunuh dan yang lain cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan Bandar Gaza.
Wartawan WAFA melaporkan serangan itu melanda sekumpulan penduduk dekat Masjid Bilal di kejiranan Al-Zaytoun, di bahagian selatan bandar itu.
Selain itu, pesawat perang Israel melakukan empat lagi serangan udara yang menyasarkan rumah kediaman di kejiranan Al-Sabra di Bandar Gaza.