Menurut Tanbihul Ghafilin, orang fakir miskin akan mendapat lima kemuliaan:
1. Pahala amalannya lebih daripada pahala amalan orang kaya dalam solat, sedekah dan lain-lain.
2. Jika mahu sesuatu dan tidak tercapai, dicatat baginya pahala.
3. Mereka lebih dahulu masuk syurga.
4. Hisab (hitungan) mereka di akhirat lebih ringan.
5. Penyesalan mereka sangat kurang, sedangkan orang kaya ingin seperti orang fakir di akhirat manakala orang fakir tidak ingin seperti orang kaya.