Angka kematian akibat gempa bumi kuat 6.9 magnitud yang melanda wilayah Cebu Filipina meningkat kepada 69, manakala berpuluh-puluh lagi cedera, menurut berita Anadolu memetik laporan media tempatan pada Rabu.
Pejabat Pertahanan Awam berkata, setakat ini, 30 kematian dilaporkan dari Bogo City, 22 dari San Remigio, 10 dari Medellin, lima dari Tabogon, dan masing-masing satu dari Sogod dan Tabuelan, menurut media tempatan ABS-CBN.
Gempa itu, yang melanda pada 9.59 malam (1359GMT) Selasa, berpusat 21 kilometer (13 batu) timur laut Bogo City pada kedalaman cetek 5 kilometer (3 batu), menurut Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina.