Sekurang-kurangnya 29 rakyat Palestin terbunuh akibat tembakan dan pengeboman Israel di kawasan berbeza di Jalur Gaza sejak fajar Sabtu, lapor Agensi Berita & Info Palestin (WAFA) memetik sumber hospital.
Menurutnya, pegawai perubatan melaporkan 11 mayat diterima di Kompleks Perubatan Al-Shifa, Hospital Al-Ahli Baptist (11), Hospital Al-Awda (1), Kompleks Perubatan Nasser (5), dan Hospital Al-Aqsa (1).
Pencerobohan Israel yang berterusan ke atas Gaza sejak Oktober 2023 setakat ini mengakibatkan sekurang-kurangnya 67,074 kematian rakyat Palestin yang didokumenkan, dengan lebih 169,430 yang lain cedera.