Jumlah pelajar yang disahkan maut selepas runtuhnya sebuah bangunan pondok pesantren di Indonesia meningkat kepada 36 orang, lapor Reuters memetik agensi mitigasi bencana negara itu pada Ahad.
Usaha diteruskan untuk hari ketujuh untuk mencari mayat 27 pelajar yang masih diisytiharkan hilang – kebanyakannya remaja lelaki dari umur 13 hingga 19 tahun – terperangkap di bawah runtuhan, kata agensi itu.
Kren telah digunakan untuk menggali serpihan dan usaha mencari serta pemindahan telah siap 60%, menurut agensi itu, yang mengatakan ia menjangka membersihkan semua serpihan dan menyelesaikan pencarian pada Isnin.
Bahagian bangunan di pondok pesantren Al Khoziny di pekan Sidoarjo, di wilayah Jawa Timur, runtuh pada Isnin lalu, menimpa pelajar remaja semasa solat Asar, asasnya tidak dapat menyokong kerja pembinaan yang sedang dijalankan di tingkat atasnya.