Pasangan warga emas yang ditahan di Afghanistan dibebaskan oleh pentadbiran Taliban pada Jumaat, menurut laporan Anadolu.
Barbie Reynolds, 76, dan Peter Reynolds, 80, yang didakwa telah melanggar undang-undang Afghanistan “dibebaskan dari penjara hari ini selepas proses kehakiman”.
Pasangan itu dikatakan ditahan awal tahun ini pada Februari ketika mereka pulang ke rumah mereka di wilayah Bamiyan.
Menurut laporan Anadolu, warga Britain itu diserahkan kepada Richard Lindsay, utusan khas UK untuk Afghanistan, diiringi oleh delegasi Qatar.