Angka kematian di Jalur Gaza meningkat kepada 67,074, majoritinya adalah wanita dan kanak-kanak, sejak permulaan pencerobohan Israel pada Oktober 2023, dengan sekurang-kurangnya 169,430 yang lain cedera, menurut laporan WAFA.
Menurutnya, sumber menyatakan 66 mayat dan 265 individu yang cedera dibawa ke hospital di Gaza dalam tempoh 24 jam lalu.
Dilaporkan, dalam 24 jam lalu juga enam rakyat Palestin terbunuh dan lebih 40 yang lain cedera ketika cuba menerima bantuan kemanusiaan, menjadikan jumlah pencari bantuan yang terbunuh dalam serangan berkaitan bantuan kepada 2,603, dengan lebih 19,094 yang lain cedera.
Angka ini dikatakan masih tidak lengkap, kerana ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan, tidak dapat diakses oleh ambulans dan kru penyelamat.