Bilangan pelajar disahkan maut selepas bangunan sekolah Islam di Indonesia runtuh meningkat kepada 13 orang pada lewat Jumaat, menurut laporan Reuters memetik agensi mitigasi bencana negara itu, ketika usaha mencari mangsa yang terselamat diteruskan.
Bangunan di pondok pesantren Al Khoziny di pekan Sidoarjo di wilayah Jawa Timur, Indonesia dilaporkan runtuh pada Isnin, ketika pelajar melakukan solat Asar, asasnya tidak mampu menyokong kerja pembinaan di tingkat atasnya.