Sekurang-kurangnya 66,288 rakyat Palestin telah terbunuh dalam perang genosid Israel di Jalur Gaza sejak Oktober 2023, menurut berita Anadolu memetik Kementerian Kesihatan pada Jumaat.
Kenyataan kementerian itu menyatakan 63 mayat dibawa ke hospital dalam 24 jam lalu, manakala 227 orang cedera, menjadikan jumlah kecederaan kepada 169,165 dalam serangan Israel.
“Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan-jalan kerana penyelamat tidak dapat mencapai mereka,” tambahnya.
Ia juga menyatakan 15 rakyat Palestin terbunuh dan 80 yang lain cedera akibat tembakan tentera Israel ketika cuba mendapatkan bantuan kemanusiaan dalam 24 jam lalu, menjadikan jumlah keseluruhan rakyat Palestin yang terbunuh ketika mendapatkan bantuan kepada 2,597, dengan lebih 19,054 yang lain cedera sejak 27 Mei.