Sebuah bangunan pangsapuri bertingkat tinggi di New York City sebahagiannya runtuh pada Rabu, lapor Xinhua memetik pihak berkuasa tempatan.
Menurut laporan itu, tiada kecederaan dilaporkan serta-merta.
Jabatan bomba bandar itu dilaporkan berkata di media sosial bahawa ia bertindak balas terhadap sebahagian bangunan runtuh di kawasan Bronx di New York.
Foto disiarkan menunjukkan sudut bangunan perumahan awam 20 tingkat itu rosak dari tingkat bawah hingga ke bumbung.
Jabatan itu menerima laporan mengenai letupan gas yang menyebabkan aci insinerator di bangunan itu runtuh, Xinhua memetik The Associated Press (AP).