Sumber perubatan mengumumkan pada Sabtu, dua kanak-kanak meninggal dunia dalam 24 jam lalu akibat kebuluran dan kekurangan zat makanan, menurut laporan WAFA.
Sumber itu dilaporkan berkata, jumlah kematian akibat kebuluran meningkat kepada 459, termasuk 154 kanak-kanak.
Mereka mengesahkan bahawa sejak Kumpulan Krisis Antarabangsa (IPG) mengisytiharkan kebuluran di Jalur Gaza pada 22 Ogos, 181 kematian telah direkodkan, termasuk 39 kanak-kanak.