Jumlah kematian akibat kekurangan zat makanan yang disebabkan oleh dasar kebuluran Israel di Gaza meningkat kepada 453 orang sejak Oktober 2023, lapor Anadolu memetik Kementerian Kesihatan wilayah itu pada Selasa.
Satu kenyataan kementerian berkata 150 kanak-kanak adalah dalam kalangan rakyat Palestin yang mati akibat kekurangan zat makanan dan kebuluran di wilayah itu, dengan makanan dan bekalan penting lain disekat oleh sekatan Israel yang berpanjangan.
Menurut kementerian itu, 175 orang, termasuk 35 kanak-kanak, telah meninggal dunia akibat kebuluran sejak Klasifikasi Fasa Keselamatan Makanan Bersepadu (IPC) yang disokong PBB mengisytiharkan kebuluran di Gaza Ogos ini.
Pada 22 Ogos, IPC mengisytiharkan kebuluran di Bandar Gaza dan memberi amaran ia akan merebak ke tengah dan selatan Gaza menjelang akhir September.
Israel telah menutup semua lintasan sempadan dengan Gaza sejak 2 Mac, menyekat bantuan kemanusiaan dan mendorong kawasan itu ke dalam kebuluran walaupun trak bantuan bertimbun di sempadannya.
Israel kadangkala membenarkan jumlah bantuan yang sangat terhad untuk masuk, tetapi penghantaran itu tidak memenuhi keperluan asas dan tidak menamatkan kebuluran.
Kebanyakan trak telah dirompak oleh kumpulan yang didakwa oleh pentadbiran Gaza, dilindungi oleh Israel.