Surah ataupun surat atau dalam ejaan penuh “suuratun”
Menurut bahasa ialah tempat yang tinggi (al-manzilatus saamiyah).
An-Nabighah mengatakan:
الم تر أن الله أعطاك سورةٌ
ترى كل مَلَكٍ دُونِها يَتَذَبْذَبُ
Tidakkah anda lihat bahawa Allah telah memberikan kepada anda tempat yang tinggi, anda lihat setiap penguasa tanpanya menjadi ragu.
Adapun menurut istilah syarak ialah kumpulan ayat-ayat al-Quran yang mempunyai permulaan dan akhir. Seperti surah al-Kautsar. Dikatakan surat (atau surah) kerana mulia, agung dan tingginya ayat-ayat al-Quran, sebagaimana as-suuru yakni untuk sesuatu yang tinggi dari suatu bangunan (tembok). (As-Sobuni, Tafsir Ahkam, Jilid 2, Halaman 7)
Rujukan: Ensiklopedia Makna Al-Quran, 331.