Flotila Sumud Global (GSF) mengumumkan pada Rabu bahawa siaran langsung terputus dari kebanyakan kapalnya ketika tentera laut Israel mengepung kapal yang belayar ke Gaza untuk mencabar sekatan, lapor Anadolu.
Penganjur berkata pemintasan itu berlaku ketika kapal perang Israel menghalang komunikasi dan bergerak untuk menghentikan konvoi.
Tiada butiran segera tersedia mengenai kemungkinan penahanan atau nasib kapal.